.:allahu:.

Wednesday, December 18, 2013

True Story #35 - aku yang jakun

Assalamualaikum hari Khamis yang mulia...

Nak di jadikan cerita, baru-baru ni dapat cek. Bukan tak pernah dapat. Dah banyak kali dapat nya pun. Tapi yang menjadi isunya bila dapat cek, asyik guna bank yang sama kalau nak masukkan cek dan mesti ada bonda sebagai peneman.

Di jadikan sejarahnya, nak try buat sendiri. Malas nak pie bank yang biasa simpan cek tu sebab jauhnya. Padahal masih dalam KL. Punyalah pemalas. Dan baru-baru ni cermin mata yang digunakan sejak 2006 patah dua. Dan menggunakan cermin mata tahun 2009 yang tak pernah di guna pakai kerana memeningkan, maka terpaksa di pakai. Punya berjimat nya. Member2 tiap2 tahun tukar. Tak kira yang pakai contact lense lagi. Ada yang tiap2 bulan beli. Sekali beli mahu RM30 melayang. Yang bagi diri serba berjimat ni boleh buat makan selama 4 hari.

So, niat di hati dah baik dah. Alhamdulillah. Malas nak susahkan ibu masukkan cek milik sendiri. Nak try la juga buat sendiri. Pergi ke bank memang boleh katakan naik basikal comfirm sampai. Memang sampai pun tapi xtahu la sampai bila. Haa camtu la.

Dah letak no akaun no telefon segala bagai siap bersain. Tinggal nak masuk dalam kotak cek Deposit. Punya la jakun, betapa lama gak dalam bank tu. Jam dah pukul enam lebih. Memang tak ada pengiring la untuk di tanya. Jadi, dengan yakinnya, masukkan cek ke dalam box.

Persoalan yang menajdi kemusykilan adalah, kenapa mesin dia berbeza dengan mesin yang selalu digunakan bersama bonda? Dan kenapa yang ini tidak di cetak rupa sebiji cek yang biasa di buat?

Wallah, pembinaan ketamadunan bermula di situ.

Dan setibanya di tempat tinggal, bertanya pada yang pakar.

Jawapan: Kalau yang tu kena masukkan dalam envelope. 

Envelope? Kenapa tiada briefing pun pasal benda ni? Tapi tadi pada mesin tu ada tulis, 'masukkan envelope' sedangkan aku nak masuk cek.

Kena masukan envelope yang di sediakan, tulis butiran. Baru masukkan. Kalau guna mesin tu memang macam tu caranya. 

Eh?! Kalau tak masukkan apa jadi?

Tak buat ke? Kena masukkan. Nanti dia tak layan. Buang masa nak hantar balik ke sini bla bla bla...

Okay. Dah tak ambil pusing. Kalau hilang macam mana? Serius. Itu duit claim yang akan digunakan untuk hantar surat la, untuk tol, untuk makan sehingga akhir bulan ni. Allah....

Dan Allah itu Maha Kaya. Niat asal aku adalah untuk ringan beban bonda. Nak tahu apa Allah balas?

Jeng jeng jeng...

Bonda cakap semalam duit dah float. Dan hari ni dah masuk. Alhamdulillah!!!!!! Woah! Allah, I Love You more!!! Tsuki Desu~~~, Aishiteru, Wo Ai ni. Okay terlebih excited cerita kat sini.

Moral of the story. Niat baik kerana Allah dan kerana kasih sayang, Allah balas dengan kesenangan dan ketenangan tuk bersyukur pada-Nya. He does know the best!

Monday, December 9, 2013

True Story #34 - His & Her Story







Kamera: Samsung S4
Edit: iPiccy by Google Store
Lokasi: Muzium Negara, Malaysia


True Story #33 - cemburu


Dok membelek muka buku, terjumpa gambar ni. Teringat zaman u dlu. zaman nak kenal apa itu couple, apa itu dating, apa itu pakwe makwe. 
Dan bila dah kenal, dah tahu apa maknanya, dah ketahui mana baik mana buruk, mula la satu persatu dugaan itu datang. Dugaan selalu keluar berdua yang dulunya beramai. 
Dugaan yang dulunya berkumpulan kini berkumpul dua. 
Dugaan yang mana bila di mata kita tampak manis, di belakang xtahu buat apa. 
Dugaan di mana kalau mesej itu hanya sepatah hantar selepas 3 hari tak bermesej, mula lah nak baran tak tentu pasal. 
Dugaan di mana bila nampak bukan kawan kita yang balas post kat page dia tetapi di balas laju, bila pos sendiri pandang pun guna hidung saja. 
Dugaan bila hati geram tak tentu hala.
Dugaan...YES. Selagi masjid itu belum di bina, selagi itulah pihak ketiga akan sentiasa menghasut. Wallah, bijak permainan di situ. 

Kerana permainan berkawan dengan lelaki itu adalah satu dugaan, sampai bila ia akan terus bertahan? 



Untuk diriku, kamu, KAMI, dia dan daku...
jikalaU lanGit mEmbiru iTu mamPu haMba gapAi, maKa sakTilah haMba...

JIKA HATI ITU SEPUTIH AWAN, biarlah ia bergerak dengan KEIKHLASAN, JIKA HATI ITU SETENANG LAUTAN, mengalirlah ia dengan KEJUJURAN, JIKA HATI ITU SEINDAH PELANGI, warnakanlah ia dengan KEBAHAGIAAN, JIKA HATI ITU SEHEBAT BULAN, sinarkanlah ia dengan PERSAHABATAN, JIKA HATI DILUKAI, sembuhkanlah ia dengan KEMAAFAN...