.:allahu:.

Thursday, July 10, 2014

True Story #41 - Bersederhana itu lebih baik..

Bulan lepas dah start ckp pasal kahwin. Semoga Allah permudahkan semua insya Allah. Nak kahwin bukan kerja main2. Kerja serius. Nak2 orang yang kita nak kahwin tu dah lebih 5 tahun kenal. Apa la yang nak ditunggu kan?

Ahad lepas pula selamat sesi pilih baju untuk sanding. Kalau sndiri cakap date bila, mesti ada yg rasa annoying sbb jauh lagi tapi dah macam buat tu buat ni. But so far, alhamdulillah hampir 60% selesai. Tinggal untuk settle doorgift, hantaran, dulang hantaran, bunga pahar, guest list dan guestbook serta langsaikan bayaran yang masih berbaki. Insya Allah sebelum tahun depan dah boleh settle kan benda ni. ^__^

Kita stop dulu cerita pasai kahwin. Alhamdulillah dah masuk hari ke 13 dah puasa. Rasa macam semalam je baru mula. Tengok2 dah nak masuk 2 minggu. Dan kurang daripada 2 minggu akan sambut Hari Raya Aidilfitri.

So far, belum pernah jejak kaki ke bazaar ramadhan lagi. Baru dua minggu dah macam-macam cerita pasal bazaar ramadhan yg keluar. Baru hari ke berapa puasa ada yang menjadi kemasukan hospital kerana keracunan dan macam-macam. Itu yang rasa fikir banyak kali nak pie ke tak.

Dan so far juga, belum ada makanan yang terbazir kerana berlebihan. Kadang-kadang rasa mcm makan kurma itu lagi sedap dengan nasi daripada lauk-pauk di luar. Dan paling best kalau bonda yang masak. Ummmph! tHoorrbaik!! Memang kenyang sampai ke esoknya.

Dan sejak hari pertama puasa, alhamdulillah belum lagi terlajak tak bangun sahur. Makan apa yang ada. Kadang-kadang makan roti bakar dan milo panas. Kalau rajin goreng la telor dadar supaya sedap makan dengan rendang atau masak lomak. Dan sayur. Cukup.

Dan baru2 ni, mula isnin yang lepas, negara saudara kita berdarah lagi. Dan kali ini sememangnya tanpa belas. Seluruh dunia bersuara namun hati Zionis Laknatullah begitu kebal. Yang paling tak malu bila mana mereka bersorak bila roket di lepaskan ke arah mereka. Cuba roket tu rosak dan berpatah ke arah mereka yang bersorak? Pasti mereka akan menuduh Palestin yang lontarkan. Baling batu sorok tangan. Nak aku tengok badan mereka bercerai dari anggota yang mereka dok tayang tu. Nak juga aku lihat anak2 mereka digantikan dengan anak2 palestin yang menderita sekarang ni. Nak juga aku lihat, mereka yang lari lintang pukang bila bom mendarat ke atas mereka. Sesungguhnya Allah dia atas kami semua. Dan kepadaNya kami sembah!


Allahuakhbar!!
>.<

Sunday, June 22, 2014

True Story #40 - Planning timeeee!

Alhamdulillah, another step done!

5 Jan 2014
Usha planner, pilih & bayar deposit!!!


15 Mei 2014
Tempah Dewan. Done!!


25 Mei 2015
From North to West, we met, we talk, we discuss.
Walaupun dalam keadaan terkejar-kejar, alhamdulillah, perjumapaan singkat dan bermakna selesai. And its official. And now, prepare mentally for future challenge. Bismillah...



14 Jun 2014
Done settle with our official planner for my big event! Bonda ayahanda pun macam puas hati dengan soalan yang mereka utarakan dan jawapan yang diterima sangat baik dan memenuhi kehendak. Even nasihat yang diberikan oleh Cik Ani pun sedap telinga mendengar. Dan boleh diterima baik.

Dan lepas ni, dah boleh pie sendiri jumpa mereka untuk pilih warna dan design. Oh yeahh...nampak tak muka bercahaya tak sabar nak pilih ni!!

Ni bukan saya....

21 Jun 2014
Ukur Baju done!
Puas hati dengan baju di butik. Tengok bonda pun senyum sampai ke hari ni pun bermakna dia pun berpuas hati. And I don't mind to have her choice. besides, I wish to wear Songket instead of dress. And their design was awesome.



Everything is awesomeee...

Tiba-tiba lagu Lego the movie menyapa telinga...duh!
Back to my story. So, insya Allah maybe bulan 12 atau 1 dah boleh mai untuk fitting. May Allah ease everything. Adat kalau bercanggah idea dan pendapat dengan keluarga. Apa-apahal pun, first kena jumpa dulu dengan planner. Instead of beri idea tu idea ni, nak macam tu, nak macam ni, in the end, pasti ada yang sentap! Kalau mereka tak sentap, kita yang sentap! Serius!
Walaupun berbuih cakap jumpa planner dulu baru decide, bila kita beri idea, pasti ada yg sentap.
Last2, apa yang difikirkan betul. Yup, they are the master. Diorang tahu apa kehendak kita. Dan senang. Setel benda kecik. Tak payah susah-susah fikir macam tu macam ni. Ambil apa yang ada, apa yang dia mampu. Apa yang KITA mampu.

Besar perkataan KITA tu. Sebab 'kita' tu penting. Jangan ikut 'mereka'. Nanti kita yang merana. Pilih mana yang ada dalam bajet kita. Jangan ikut bajet mereka.

Macam pengalaman aku, sehingga tarikh hari ini, 23 Jun 2014, bajet sememangnya dah lari. Walaupun berbuih kata tak mampu untuk yg itu yang ini, if mereka rela support tanpa membuatkan kita berhutang, you are lucky. If mereka kata nak itu nak ini, tetapi masih paksa suruh kita huluq, you are really in big trouble. Tapi pastikan bukan dengan berhutang dengan orang lain. Sebab sitausinya sama. Kita yang merana selepas itu.

Next stage, nak membuang benda tak terpakai pula. Duh! bilik tu banyak benda legend kowt. Perlukah ku korbankan semuanya untuk mendapatkan bilik yang diidamkan???

Ku relakan jiwa....

Ok. Lepas raya saya buat! After dapat warning berkali-kali tanpa henti. Meh!

Semoga di permudahkan semuanya... ;)
Just smile. And let Ramadhan come to you in peace...


Wednesday, February 12, 2014

True Story #37

Teaser Part 1





























Kredit pic: My Adinda
Gadget: Samsung S4
Company: Sendirian Berhad

Monday, February 3, 2014

True Story #38

Teaser Part 2


Tumpang bekas cincin pak sedara sebelum dia nikah... 

Monday, January 20, 2014

Tips #1

Antara tips agar Doa kita Allah makbulkan. InsyaALLAH.

1. Berdoa dlm keadaan berwudu' jika mampu,

2. Pastikan makanan & pakaian kita drp sumber yg halal,

3. Berdoa di waktu2 yg mustajab:
# waktu tahajud jam 3-5 pagi di Semenanjung, 2-4 Sabah/ Swak
# Semasa sujud # waktu azan di laungkan # antara azan & iqamat # ketika jumpa musuh/ berperang # ketika hujan turun # ketika berlaku peristiwa spt gerhana, banjir, ribut, tsunami # waktu akhir hari Jumaat-- lepas solat Asar # doa kwn utk kwnnya dlm kedaaan org lain tak tahu # tidur dlm keadaan berwuduk & berzikir- bila bgn mlm terus berdoa, # doa ketika berpuasa.

4. Menghadap Kiblat & angkat tgn semasa berdoa,

5. Dgn suara yg tak terlalu kuat atau terlalu perlahan,

6. Doa yg tak melalmpau batas, spt segera dtg azab, putuskan silaturrahim, berbuat dosa,

7. Rasa rendah diri & penuh khusyu',

8. Benar2 fokus & yakin Allah akan kabulkan & benar2 berharap,

9. Anggap yg kita mohon tu perkara yg besar & ulang berdoa 3X,

10.Mulakan dgn Basmallah, zikir/ pujian utk Allah & akhiri dgn selawat ke atas Nabi SAW,

11. Bertaubat & kembalikan hak kpd org yg di zalimi atau yg punya hak.

Moga Allah sentiasa makbulkan semua doa kita & rahmati kita di dunia & di akhirat. Aamiin, wassalam.


#Copy orang punya ;)

Tuesday, January 7, 2014

True Story #36 - Pengalaman

Gambar ni gambar semalam. Tarikh 7 Januari 2013. Nak di jadikan cerita, aku di panggil untuk pergi meeting di Bilik Gerakan JPS jam 2.30 petang. Biasa la, PIC yang tolong jaga opis kadang2 ada. KAdang2 bergilir. JAdi kena keluar lambat daripada orang yang penting. LAgipun sedang tunggu seseorang. Dan orang tu lambat pula. Jadi, sampai sana dalam jam 230 tepat. MAsuk bilik meeting 245 sebab terpaking jauh.
 Tup tap dengar diorang membebel tengok2 jam dah nak jam 5. Memang waktu balik la pun bagi kebanyakan pekerja gomen. Dengar pula guruh di luar berdentum-dentum. Sah! Keluar-keluar je hujan mencurah-curah bagaikan air di tempayan yang penuh di tumpahkan. 

dalam kepala dok ligat berfikir macam mana nak pergi ke kereta yang letaknya 800m dari tempat meeting. Alhamdulillah, bos tumpangkan. LEga. Start enjin terus gerak. 


 Pengalaman tersangkut dalam jam yang lama di sebabkan hujan lebat. Alhamdulillah aku just tunggu 30 minit je. Menyilok sikit-sikit, dah boleh lepas. Cuak gak. Sebab time tu hujan masih lebat. Dan kereta masih belum bergerak. Siap tarik handbreak lagi. Kalau jenayah kat Malaysia ni kurang, aku dah boleh buat tarian hindustan kowt kat situ. Auta sangat hokay! 


Pandang kiri betul-betul slide tanah runtuh tadi. bria-ria berdoa semoga jangan berlaku lagi pergerakan tanah. Kalau jadi, nauzubillah. 

Terima kasih abang2 bomba, DBKL dan polis yang datang lewat sikit daripada DBKL kerana usaha mengalihkan lumpur tanah dari atas jalan raya. Memang lama. Siapa yang datang dari belah PJ, SA sana memang jenuh tunggu. Aku yang bawa manual ni, walaupun setengah jam, dan gerak pun macma nak tak nak je terasa mengigil kepala lutuit. Ni tadi terbaca status member bawa auto pun boleh penat. Alhamdulillah, allah permudahkan segala urusan. Semoga Allah permudahkan juga mereka2 yang berusaha memberi kesenangan kepada kami walaupun masing-masing sama-sama nak balik.  

Untuk diriku, kamu, KAMI, dia dan daku...
jikalaU lanGit mEmbiru iTu mamPu haMba gapAi, maKa sakTilah haMba...

JIKA HATI ITU SEPUTIH AWAN, biarlah ia bergerak dengan KEIKHLASAN, JIKA HATI ITU SETENANG LAUTAN, mengalirlah ia dengan KEJUJURAN, JIKA HATI ITU SEINDAH PELANGI, warnakanlah ia dengan KEBAHAGIAAN, JIKA HATI ITU SEHEBAT BULAN, sinarkanlah ia dengan PERSAHABATAN, JIKA HATI DILUKAI, sembuhkanlah ia dengan KEMAAFAN...