.:allahu:.

Tuesday, January 7, 2014

True Story #36 - Pengalaman

Gambar ni gambar semalam. Tarikh 7 Januari 2013. Nak di jadikan cerita, aku di panggil untuk pergi meeting di Bilik Gerakan JPS jam 2.30 petang. Biasa la, PIC yang tolong jaga opis kadang2 ada. KAdang2 bergilir. JAdi kena keluar lambat daripada orang yang penting. LAgipun sedang tunggu seseorang. Dan orang tu lambat pula. Jadi, sampai sana dalam jam 230 tepat. MAsuk bilik meeting 245 sebab terpaking jauh.
 Tup tap dengar diorang membebel tengok2 jam dah nak jam 5. Memang waktu balik la pun bagi kebanyakan pekerja gomen. Dengar pula guruh di luar berdentum-dentum. Sah! Keluar-keluar je hujan mencurah-curah bagaikan air di tempayan yang penuh di tumpahkan. 

dalam kepala dok ligat berfikir macam mana nak pergi ke kereta yang letaknya 800m dari tempat meeting. Alhamdulillah, bos tumpangkan. LEga. Start enjin terus gerak. 


 Pengalaman tersangkut dalam jam yang lama di sebabkan hujan lebat. Alhamdulillah aku just tunggu 30 minit je. Menyilok sikit-sikit, dah boleh lepas. Cuak gak. Sebab time tu hujan masih lebat. Dan kereta masih belum bergerak. Siap tarik handbreak lagi. Kalau jenayah kat Malaysia ni kurang, aku dah boleh buat tarian hindustan kowt kat situ. Auta sangat hokay! 


Pandang kiri betul-betul slide tanah runtuh tadi. bria-ria berdoa semoga jangan berlaku lagi pergerakan tanah. Kalau jadi, nauzubillah. 

Terima kasih abang2 bomba, DBKL dan polis yang datang lewat sikit daripada DBKL kerana usaha mengalihkan lumpur tanah dari atas jalan raya. Memang lama. Siapa yang datang dari belah PJ, SA sana memang jenuh tunggu. Aku yang bawa manual ni, walaupun setengah jam, dan gerak pun macma nak tak nak je terasa mengigil kepala lutuit. Ni tadi terbaca status member bawa auto pun boleh penat. Alhamdulillah, allah permudahkan segala urusan. Semoga Allah permudahkan juga mereka2 yang berusaha memberi kesenangan kepada kami walaupun masing-masing sama-sama nak balik.  

No comments:

Untuk diriku, kamu, KAMI, dia dan daku...
jikalaU lanGit mEmbiru iTu mamPu haMba gapAi, maKa sakTilah haMba...

JIKA HATI ITU SEPUTIH AWAN, biarlah ia bergerak dengan KEIKHLASAN, JIKA HATI ITU SETENANG LAUTAN, mengalirlah ia dengan KEJUJURAN, JIKA HATI ITU SEINDAH PELANGI, warnakanlah ia dengan KEBAHAGIAAN, JIKA HATI ITU SEHEBAT BULAN, sinarkanlah ia dengan PERSAHABATAN, JIKA HATI DILUKAI, sembuhkanlah ia dengan KEMAAFAN...