.:allahu:.

Thursday, July 10, 2014

True Story #41 - Bersederhana itu lebih baik..

Bulan lepas dah start ckp pasal kahwin. Semoga Allah permudahkan semua insya Allah. Nak kahwin bukan kerja main2. Kerja serius. Nak2 orang yang kita nak kahwin tu dah lebih 5 tahun kenal. Apa la yang nak ditunggu kan?

Ahad lepas pula selamat sesi pilih baju untuk sanding. Kalau sndiri cakap date bila, mesti ada yg rasa annoying sbb jauh lagi tapi dah macam buat tu buat ni. But so far, alhamdulillah hampir 60% selesai. Tinggal untuk settle doorgift, hantaran, dulang hantaran, bunga pahar, guest list dan guestbook serta langsaikan bayaran yang masih berbaki. Insya Allah sebelum tahun depan dah boleh settle kan benda ni. ^__^

Kita stop dulu cerita pasai kahwin. Alhamdulillah dah masuk hari ke 13 dah puasa. Rasa macam semalam je baru mula. Tengok2 dah nak masuk 2 minggu. Dan kurang daripada 2 minggu akan sambut Hari Raya Aidilfitri.

So far, belum pernah jejak kaki ke bazaar ramadhan lagi. Baru dua minggu dah macam-macam cerita pasal bazaar ramadhan yg keluar. Baru hari ke berapa puasa ada yang menjadi kemasukan hospital kerana keracunan dan macam-macam. Itu yang rasa fikir banyak kali nak pie ke tak.

Dan so far juga, belum ada makanan yang terbazir kerana berlebihan. Kadang-kadang rasa mcm makan kurma itu lagi sedap dengan nasi daripada lauk-pauk di luar. Dan paling best kalau bonda yang masak. Ummmph! tHoorrbaik!! Memang kenyang sampai ke esoknya.

Dan sejak hari pertama puasa, alhamdulillah belum lagi terlajak tak bangun sahur. Makan apa yang ada. Kadang-kadang makan roti bakar dan milo panas. Kalau rajin goreng la telor dadar supaya sedap makan dengan rendang atau masak lomak. Dan sayur. Cukup.

Dan baru2 ni, mula isnin yang lepas, negara saudara kita berdarah lagi. Dan kali ini sememangnya tanpa belas. Seluruh dunia bersuara namun hati Zionis Laknatullah begitu kebal. Yang paling tak malu bila mana mereka bersorak bila roket di lepaskan ke arah mereka. Cuba roket tu rosak dan berpatah ke arah mereka yang bersorak? Pasti mereka akan menuduh Palestin yang lontarkan. Baling batu sorok tangan. Nak aku tengok badan mereka bercerai dari anggota yang mereka dok tayang tu. Nak juga aku lihat anak2 mereka digantikan dengan anak2 palestin yang menderita sekarang ni. Nak juga aku lihat, mereka yang lari lintang pukang bila bom mendarat ke atas mereka. Sesungguhnya Allah dia atas kami semua. Dan kepadaNya kami sembah!


Allahuakhbar!!
>.<
Untuk diriku, kamu, KAMI, dia dan daku...
jikalaU lanGit mEmbiru iTu mamPu haMba gapAi, maKa sakTilah haMba...

JIKA HATI ITU SEPUTIH AWAN, biarlah ia bergerak dengan KEIKHLASAN, JIKA HATI ITU SETENANG LAUTAN, mengalirlah ia dengan KEJUJURAN, JIKA HATI ITU SEINDAH PELANGI, warnakanlah ia dengan KEBAHAGIAAN, JIKA HATI ITU SEHEBAT BULAN, sinarkanlah ia dengan PERSAHABATAN, JIKA HATI DILUKAI, sembuhkanlah ia dengan KEMAAFAN...