.:allahu:.

Friday, March 27, 2015

True Story #44 Spa day

Assalamualaikum uolls...
Yang singgah, yang lalu, yang nampak link. Hi! *sambil melambai2*

Terasa rajin pulak nak update blog kan. Dah masa makin pendek makin ni, mula la kan semua benda jadi isu. Tadi pun bos suruh email benda yang aku tak tahu. Bila aku email, kate aku silap. Mana lah aku nak tahu progress meeting tu takat mana. Aku disuruh email panggil meeting. Tu je ayat sempoi bos. Bila email, haa kau, kena masuk bilik bos. pung pang pung pung, kena setepek kat muka. But aku tak berapa nak risau pun. Sebab memang detail meeting tu aku tak tahu. Aku diarahkan utk panggil meeting 'macam biasa'. Macam biasa yang aku buat sama jelah utk update pasal tender. Dan aku tanya banyak kali jugak. So, kira confirm.

Sekali bos besau panggil cakap aku tak amek tahu hal projek bla bla bla. Aku pun ok bos, ok bos, ok bos. hahahaha...Nampak tak kekerasan hati aku tu? Direct aku tanya so nak tulis camno ni bos?

Dia bg arahan sekian2 macam ni macam tu. Haaa, kalau cakap mcm tu dari awal aku leh email. Kan sonang. Tak payah tension2. Sebab benda ni kita belajar. Dah aku tak masuk meeting, email semua sorok2 dari aku, ttibe suruh aku amek tahu. Choiii! hitam putih tarak, aku tak nak amek tahu. Haaa, cmtu. Kecuali arahan kata, "Adiba, awak join sekali meeting." OK bos! :D

So seperti biasa, ulasan life pagi ni.

Memang suka la menyimpang jejauh kan. Dah nama pun blog. Nak ceritanya pasal spa. Benda lain terjah dulu. Nampak tak besar tak besar aku kat situ. Hahaha...Tak pelah bos. Pasal gaji ke naik or tak, buat masa sekarang not my priority. Dalam kepala dok nak tahu ape lagi yang belum setel hal wedding.

Semalam, lepas balik dari JPP singgah IPKKL berjumpa dengan team JPJKK KL untuk edar kad jemputan. Dah nama bos kan. Kena la jemput. Sebab part bodek2 ni memang lomah semangat. Lain lah 'orang lama'. Dan sorry, kipas susah mati memang paling susah sekali aku nak buat. Kalau terkena dan ngam kira alhamdulillah. Kalau tak, i'm okay with it.

Okay, lari topik lagi. back to the point. Minggu lepas, 18 Mac 2015, hari rabu. Tak kijo ke? Opkos la kijo, tapi cuti. Dan plus time ni cuti sekolah. Sedap la bawak. Banyak benda boleh buat *padahal tak ada buat apa-apa2 pun*. Tak ada lah bazir masa atas jalan je. So, plan nak guna voucher yang ibu beli during hari Puspanita KL di JPS Ampang untuk dimanjakan diri ini. Tapi aku rasa memang badan aku manja lah. Sampai naik body ni. Berat maintain tapi melebar. acaner tuh?

Maka, dengan kekuatan full throttle, aku pun melangkah ke Tini's Spa. Ada dua cawangan. Satu di shah alam. Jadi pergilah yang paling dekat, di Ampang Jaya betul2 berdekatan IPD Ampang Jaya.

First time nak masuk pintu masuk, dari jauh ada staff dia sedang kemas2 kedai. Datang awallah katakan. Sebab appointment jam 1030 pagi dan PIC cik Intan. Dari jauh aku lemparkan senyuman paling manis sebb excited nak buat kan.

Pintu hadapan kedai. Sumber en Google. 

Melangkah je masuk, wallah, memang luas lah. Tapi sayang lupa nak tangkap gambar. Sebab excited sangat. Aku disuruh isi borang detail sendiri. Siap, aku disuruh pergi bersihkan kaki. Buang segala daki2 pada kaki dan scrub dengan garam gunung. Kasaq, tapi sodap. Dengan bilasan air panas lagi.

Selesai bersihkan kaki, diarah untuk tanggal pakaian. First dia akan scrub satu badan. Aku pilih green tea untuk detox segala yang jahat2 tu keluar dari badan. Dia ada beri banyak pilihan. Tapi dia cakap 3 ja yang biasa orang pilih. Satu yang green tea, coffee, papaya body polish, Yogurt dan walnut. Coffee dan walnut tu macam makanan so aku pass. Hahaha.

Aku pilih tak mahu diurut sebab tahap kegelian 7 petala langit. Kalau nak dengar aku menjerit di persilakan. Lepas bersihkan diri selepas hbis scrub satu badan dan dibiar 5 min, Cik intan akan buat body mask pula menggunakan Volcano Mud. Ni ade 3 pilihan. Boreh,Volcano Mud dan bekoang Mask.

Dia punya body mask siap ade mint. Gila sejuk sampai menggigil padahal dah tutup aircond. Dah la suruh tunggu smpai 10 min. Siap mintak towel bagai. Tapi sejuk dalam. So tahan jelah kan. Aih~~

Setel body mask, dia suruh buat mandi susu pulak. dah masuk pakej kan. Sedap ja air panas lepas mengigil. memang berendam sakan macam badak air. Dah suam tambah lagi air panas sendiri. Wangi.

Setel mandi, dia suruh sapu losyen satu badan. Wangi losyen. Tapi aku sure losyen ape. Last but not least, request buat waxing halfleg. ya allah, dia punya tarik2 tu perghhhhhh!! Setiap kali cik Intan tarik, memang menjerit la aku. Tapi hasil memang cun. Tak ada pun sehelai bulu ganas2 kelihatan. Demi untuk lawa. Senang nak goda laki. auwwww...~~

Kalau nak tahu pakej boleh pergi ke link Tini's Spa. Sana dia siap beri pilihan kita nak buat apa. Pilih apa yang mahu dengan harga yang berpatutan.

Hasilnya, kulit memang selembut bayi you~~. Kena try pergi. Service tip top. Last dia beri hidang air garlic. First time rasa. Buang angin2 lepas berspa. Lama jugak service. Dari jam 1045pg - 1.30tngah hari. So, tak sempat nak sempat nak buat treatment rambut sebab ada customer lain. Kalau tak nak buat sekali. Lepas ni plan nak pergi beberapa hari sebelum hari jadi. Debarnya...Yang paling penting, spa ni khas untuk wanita sahaja.


Then next, memang suggest pergi pedi medi di Manjakaki. Biasa pergi kat cawangan Ampang Point. Sana, akak yang buat pedi medi tu best dan buat kuku cantik and tahan lama. Seingat pergi hari tu dalam 1hb Mac. Sampai sekarang still kilat mengilat. Memang puas hati betul la. Sebelum hari jadi pun plan nak ke sana dahulu. Pakej pedi medi just RM80. 






No comments:

Untuk diriku, kamu, KAMI, dia dan daku...
jikalaU lanGit mEmbiru iTu mamPu haMba gapAi, maKa sakTilah haMba...

JIKA HATI ITU SEPUTIH AWAN, biarlah ia bergerak dengan KEIKHLASAN, JIKA HATI ITU SETENANG LAUTAN, mengalirlah ia dengan KEJUJURAN, JIKA HATI ITU SEINDAH PELANGI, warnakanlah ia dengan KEBAHAGIAAN, JIKA HATI ITU SEHEBAT BULAN, sinarkanlah ia dengan PERSAHABATAN, JIKA HATI DILUKAI, sembuhkanlah ia dengan KEMAAFAN...