.:allahu:.

Friday, March 27, 2015

True Story #45 Darah manis, manis darah...

Amboi, sampai 2 post dalam satu hari. Galak eh. Dah nak dekat kan....

Tetiba terpanggil, terpikir, teringat-ingat istilah 'Darah Manis'. Setiap hari, bila turun je bertugas di IPD, abah mesti pesan benda ni, "Hati-hati kak. Darah manis tu." Aku yang tak berapa ambil kisah just balas "Baik abah". Angguk-angguk, geleng-geleng ja sampai sekarang.

Ada sekali tu opismate tegur. Tersembul pintu lift nampak muka dak dua ekor ni. Tegur something la yang berkaitan tak pasti apa sebab time tu berangan ape entah. Then ayat last dia sebut, "orang tengah darah manis yer diba?" Aku blur. Ape yang darah manis? Dia bau darah aku manis ke? Kena cek ni...

Then Kak raihan pun cakap, kau kena banyak bersabar deeba, Darah tenga manis. Lagi aku blur. Dok cerita pasal isu2 fasa nak melakukan persiapan pun kena bersabar banyak. Tapi memang aku bersabar pun. Dan dia sangat2 bersabar dengan karenah aku.

Makanya, apa sebenarnya darah manis ni?

So, aku pun memberahikan memberanikan diri menggooglekan nak tahu apa la kejadahnya istilah darah manis ni...




So baca punya baca, klik link sana, klik link sini. Jumpa lah apa maksudnya. Dan yang bestnya, semua situasi lebih kurang je.


15. Darah Manis
Maksud: Mudah mendapat bahaya atau kecederaan.
Contoh Ayat: Orang yang sedang bertunang dikatakan berdarah manis dan perlu sentiasa berhati-hati apabila melakukan sesuatu kerja. Sumber: http://www.seribahasa.com/2009/11/simpulan-bahasa-d-1.html 




Apa maksud dengan sesuatu kerja? Tak boleh nak pie kerja lansung ke? Aih, banyak betul pantang larang ni. Ape cer?

Then baca-baca la orang yang berpengalaman sebelum ni.

  • Orang tua-tua selalu pesan bakal pengantin ini digalakkan untuk tidak selalu berjumpa (berdating) kerana dikuatiri diganggu orang ketiga iaitu syaitan durjana. Yang ini aku setuju la cz ada sebab musabab yg kukuh..
  • Orang juga selalu pesan agar selalu menjaga diri dan tidak keluar dari rumah sepanjang tempoh pertunangan kerana takut ditimpa kemalangan atau kecelakaan. Tapi bagi aku kalu tak bertunang tu pon bahaya ada juga di mana-mana. Bak kata pepatah "kemalangan tak berbau".. So dia tak bau la sama ada orang tu tengah bertunang atau pon tidak. Apa2 pon sume orang kene sentiasa berhati-hati tak kira ape pon status anda.
  • Orang kata lagi... Muka tunangan orang ini berseri-seri. Semakin cantik dan hot daripada biasa.. :b Maybe bahagia melayari hidup bersama bakal husband. Tapi keserian tersebut senang utk menjadi perhatian orang. So if dulu sebelum tunang tak da orang yg pandang, tapi masa tunang ramai pulak orang datang berkenalan. Itu maksudnye dugaan. Permainan syaitan je sume tu... Nak tahu kita dipermainkan syaitan ialah bila kita terasa was-was dengan tindakan sendiri. Tak tahu betul/tidak dengan tindakan yg kte buat. So kene sentiasa mintak petunjuk kat tuhan bersihkan hati dari semua godaan tu. 

Yang peliknya, aku baca ni, macam lansung tak ada kaitan dengan aku lansung. Tidak selalu berdating. Seminggu sekali tu ada lah kowt. Family tak dak anak lelaki. So, harapkan dia nak bukak katil, cat umah *dibantu aku* dll kerja rumah. Ada sekali tu ajak dia teman pie beli baju bridesmaid kat Kenanga sebab takkan aku nak pie sorang2 usha. Dan tak mahu susahkan ibu sebab kena pusing sampai 8th floor sebab nak kena usha satu2. Ladies aku semua busy. Tak mahu la ganggu deme. Dah dapat diorang utk jdi bridesmaid pun dah kira bersyukur. Dan itupun macam biasa je aku melepak dengan dia bila rasa nak lunch, dinner sama2. Bagi aku normal lah.

Dan untuk yang kedua pulak, jangan keluar rumah. haaa, aku tak faham isu ni. Dah tu nak kerje macam mana? Baca dengan nada sarcastik. Sebab dan alasan yang kukuh macam tu sebenarnya boleh je..haha. Dah namanya nak cari rezeki. Kang tak keje kau nak kahwin guna ape? Pasir? Lainlah kau buat business dari rumah which memang bukan aku lah. Dok rumah sesaja. Satu keje tak jalan. Macam malas tahap gaban lah. So, aku fahamkan supaya jangan selalu keluar rumah. Lepas keje tu dok la dalam rumah jadi wanita melayu terakhir which is impossible for me. Aih~~

Rasanya bila tarikh dah makin nak dekat ni, semakin lagiiii la kena keluar. Haa, kelas kau guna hipotesis awal. Faktanya sebab nak kena setel fitting baju, kad kahwin, kasut, dulang hantaran dll. Memang semua kat luar. Lagi2 nak pulak dinner SPKL jatuh pada 4 April ni. Mau tak gagau kena keluar cari door-gift, dewan, makanan, buat kad, hantar jemputan, cari peserta. Semua list tu sama mcm nak kahwin. Sedangkan aku nak kahwin ni pun, nasib baik ibu prepare. Sebab dia nak macam tu macam ni. So, semua lepas kat dia. Aku just hadir untuk benda2 yang berkaitan aku je.

Isu ketiga, muka waktu bertunang berseri-seri. Aiyoyoyo. Aku tengok muka macam tak je. Dah la selebet, selekeh, pemalas. Tang mana naik serinya pun tak sure. Dah la baru minggu lepas nak mula manjakan diri. Tapi tang muka tak sentuh lansung. Tapi berkenana ramai yang nak berkenalan tu mungkin ade betul lah jugak. Macam pengalaman aku untuk kritikal time ni, haa orang tu datang, orang ni mai. Nasib baik la aku ni naughty2 just nak bergurau je, tak ambil serius. Buat masa ni kita layankan saja.

Apa-apa pun semuanya terletak pada hati dan iman. Semoga Allah permudahkan segala urusan. Kepadanya kita mengkehendaki. Kalai itu yang diizinkan, maka jadilah. Kalau itu yang tidak baik, maka tiadalah. Semuanya berserah kepadaNya. Insya Allah tiada apa yang boleh memudahkan melainkan dia. Semua terletak pada hati dan niat masing-masing.

Cincin ni cantik. Saja letak. Sumber Puan Google. 



Sumber:

1. Darah manis
2. ~Darah manis. yummy!~
3. Darah manis


No comments:

Untuk diriku, kamu, KAMI, dia dan daku...
jikalaU lanGit mEmbiru iTu mamPu haMba gapAi, maKa sakTilah haMba...

JIKA HATI ITU SEPUTIH AWAN, biarlah ia bergerak dengan KEIKHLASAN, JIKA HATI ITU SETENANG LAUTAN, mengalirlah ia dengan KEJUJURAN, JIKA HATI ITU SEINDAH PELANGI, warnakanlah ia dengan KEBAHAGIAAN, JIKA HATI ITU SEHEBAT BULAN, sinarkanlah ia dengan PERSAHABATAN, JIKA HATI DILUKAI, sembuhkanlah ia dengan KEMAAFAN...