.:allahu:.

Friday, March 27, 2015

True Story #45 Darah manis, manis darah...

Amboi, sampai 2 post dalam satu hari. Galak eh. Dah nak dekat kan....

Tetiba terpanggil, terpikir, teringat-ingat istilah 'Darah Manis'. Setiap hari, bila turun je bertugas di IPD, abah mesti pesan benda ni, "Hati-hati kak. Darah manis tu." Aku yang tak berapa ambil kisah just balas "Baik abah". Angguk-angguk, geleng-geleng ja sampai sekarang.

Ada sekali tu opismate tegur. Tersembul pintu lift nampak muka dak dua ekor ni. Tegur something la yang berkaitan tak pasti apa sebab time tu berangan ape entah. Then ayat last dia sebut, "orang tengah darah manis yer diba?" Aku blur. Ape yang darah manis? Dia bau darah aku manis ke? Kena cek ni...

Then Kak raihan pun cakap, kau kena banyak bersabar deeba, Darah tenga manis. Lagi aku blur. Dok cerita pasal isu2 fasa nak melakukan persiapan pun kena bersabar banyak. Tapi memang aku bersabar pun. Dan dia sangat2 bersabar dengan karenah aku.

Makanya, apa sebenarnya darah manis ni?

So, aku pun memberahikan memberanikan diri menggooglekan nak tahu apa la kejadahnya istilah darah manis ni...




So baca punya baca, klik link sana, klik link sini. Jumpa lah apa maksudnya. Dan yang bestnya, semua situasi lebih kurang je.


15. Darah Manis
Maksud: Mudah mendapat bahaya atau kecederaan.
Contoh Ayat: Orang yang sedang bertunang dikatakan berdarah manis dan perlu sentiasa berhati-hati apabila melakukan sesuatu kerja. Sumber: http://www.seribahasa.com/2009/11/simpulan-bahasa-d-1.html 




Apa maksud dengan sesuatu kerja? Tak boleh nak pie kerja lansung ke? Aih, banyak betul pantang larang ni. Ape cer?

Then baca-baca la orang yang berpengalaman sebelum ni.

  • Orang tua-tua selalu pesan bakal pengantin ini digalakkan untuk tidak selalu berjumpa (berdating) kerana dikuatiri diganggu orang ketiga iaitu syaitan durjana. Yang ini aku setuju la cz ada sebab musabab yg kukuh..
  • Orang juga selalu pesan agar selalu menjaga diri dan tidak keluar dari rumah sepanjang tempoh pertunangan kerana takut ditimpa kemalangan atau kecelakaan. Tapi bagi aku kalu tak bertunang tu pon bahaya ada juga di mana-mana. Bak kata pepatah "kemalangan tak berbau".. So dia tak bau la sama ada orang tu tengah bertunang atau pon tidak. Apa2 pon sume orang kene sentiasa berhati-hati tak kira ape pon status anda.
  • Orang kata lagi... Muka tunangan orang ini berseri-seri. Semakin cantik dan hot daripada biasa.. :b Maybe bahagia melayari hidup bersama bakal husband. Tapi keserian tersebut senang utk menjadi perhatian orang. So if dulu sebelum tunang tak da orang yg pandang, tapi masa tunang ramai pulak orang datang berkenalan. Itu maksudnye dugaan. Permainan syaitan je sume tu... Nak tahu kita dipermainkan syaitan ialah bila kita terasa was-was dengan tindakan sendiri. Tak tahu betul/tidak dengan tindakan yg kte buat. So kene sentiasa mintak petunjuk kat tuhan bersihkan hati dari semua godaan tu. 

Yang peliknya, aku baca ni, macam lansung tak ada kaitan dengan aku lansung. Tidak selalu berdating. Seminggu sekali tu ada lah kowt. Family tak dak anak lelaki. So, harapkan dia nak bukak katil, cat umah *dibantu aku* dll kerja rumah. Ada sekali tu ajak dia teman pie beli baju bridesmaid kat Kenanga sebab takkan aku nak pie sorang2 usha. Dan tak mahu susahkan ibu sebab kena pusing sampai 8th floor sebab nak kena usha satu2. Ladies aku semua busy. Tak mahu la ganggu deme. Dah dapat diorang utk jdi bridesmaid pun dah kira bersyukur. Dan itupun macam biasa je aku melepak dengan dia bila rasa nak lunch, dinner sama2. Bagi aku normal lah.

Dan untuk yang kedua pulak, jangan keluar rumah. haaa, aku tak faham isu ni. Dah tu nak kerje macam mana? Baca dengan nada sarcastik. Sebab dan alasan yang kukuh macam tu sebenarnya boleh je..haha. Dah namanya nak cari rezeki. Kang tak keje kau nak kahwin guna ape? Pasir? Lainlah kau buat business dari rumah which memang bukan aku lah. Dok rumah sesaja. Satu keje tak jalan. Macam malas tahap gaban lah. So, aku fahamkan supaya jangan selalu keluar rumah. Lepas keje tu dok la dalam rumah jadi wanita melayu terakhir which is impossible for me. Aih~~

Rasanya bila tarikh dah makin nak dekat ni, semakin lagiiii la kena keluar. Haa, kelas kau guna hipotesis awal. Faktanya sebab nak kena setel fitting baju, kad kahwin, kasut, dulang hantaran dll. Memang semua kat luar. Lagi2 nak pulak dinner SPKL jatuh pada 4 April ni. Mau tak gagau kena keluar cari door-gift, dewan, makanan, buat kad, hantar jemputan, cari peserta. Semua list tu sama mcm nak kahwin. Sedangkan aku nak kahwin ni pun, nasib baik ibu prepare. Sebab dia nak macam tu macam ni. So, semua lepas kat dia. Aku just hadir untuk benda2 yang berkaitan aku je.

Isu ketiga, muka waktu bertunang berseri-seri. Aiyoyoyo. Aku tengok muka macam tak je. Dah la selebet, selekeh, pemalas. Tang mana naik serinya pun tak sure. Dah la baru minggu lepas nak mula manjakan diri. Tapi tang muka tak sentuh lansung. Tapi berkenana ramai yang nak berkenalan tu mungkin ade betul lah jugak. Macam pengalaman aku untuk kritikal time ni, haa orang tu datang, orang ni mai. Nasib baik la aku ni naughty2 just nak bergurau je, tak ambil serius. Buat masa ni kita layankan saja.

Apa-apa pun semuanya terletak pada hati dan iman. Semoga Allah permudahkan segala urusan. Kepadanya kita mengkehendaki. Kalai itu yang diizinkan, maka jadilah. Kalau itu yang tidak baik, maka tiadalah. Semuanya berserah kepadaNya. Insya Allah tiada apa yang boleh memudahkan melainkan dia. Semua terletak pada hati dan niat masing-masing.

Cincin ni cantik. Saja letak. Sumber Puan Google. 



Sumber:

1. Darah manis
2. ~Darah manis. yummy!~
3. Darah manis


True Story #44 Spa day

Assalamualaikum uolls...
Yang singgah, yang lalu, yang nampak link. Hi! *sambil melambai2*

Terasa rajin pulak nak update blog kan. Dah masa makin pendek makin ni, mula la kan semua benda jadi isu. Tadi pun bos suruh email benda yang aku tak tahu. Bila aku email, kate aku silap. Mana lah aku nak tahu progress meeting tu takat mana. Aku disuruh email panggil meeting. Tu je ayat sempoi bos. Bila email, haa kau, kena masuk bilik bos. pung pang pung pung, kena setepek kat muka. But aku tak berapa nak risau pun. Sebab memang detail meeting tu aku tak tahu. Aku diarahkan utk panggil meeting 'macam biasa'. Macam biasa yang aku buat sama jelah utk update pasal tender. Dan aku tanya banyak kali jugak. So, kira confirm.

Sekali bos besau panggil cakap aku tak amek tahu hal projek bla bla bla. Aku pun ok bos, ok bos, ok bos. hahahaha...Nampak tak kekerasan hati aku tu? Direct aku tanya so nak tulis camno ni bos?

Dia bg arahan sekian2 macam ni macam tu. Haaa, kalau cakap mcm tu dari awal aku leh email. Kan sonang. Tak payah tension2. Sebab benda ni kita belajar. Dah aku tak masuk meeting, email semua sorok2 dari aku, ttibe suruh aku amek tahu. Choiii! hitam putih tarak, aku tak nak amek tahu. Haaa, cmtu. Kecuali arahan kata, "Adiba, awak join sekali meeting." OK bos! :D

So seperti biasa, ulasan life pagi ni.

Memang suka la menyimpang jejauh kan. Dah nama pun blog. Nak ceritanya pasal spa. Benda lain terjah dulu. Nampak tak besar tak besar aku kat situ. Hahaha...Tak pelah bos. Pasal gaji ke naik or tak, buat masa sekarang not my priority. Dalam kepala dok nak tahu ape lagi yang belum setel hal wedding.

Semalam, lepas balik dari JPP singgah IPKKL berjumpa dengan team JPJKK KL untuk edar kad jemputan. Dah nama bos kan. Kena la jemput. Sebab part bodek2 ni memang lomah semangat. Lain lah 'orang lama'. Dan sorry, kipas susah mati memang paling susah sekali aku nak buat. Kalau terkena dan ngam kira alhamdulillah. Kalau tak, i'm okay with it.

Okay, lari topik lagi. back to the point. Minggu lepas, 18 Mac 2015, hari rabu. Tak kijo ke? Opkos la kijo, tapi cuti. Dan plus time ni cuti sekolah. Sedap la bawak. Banyak benda boleh buat *padahal tak ada buat apa-apa2 pun*. Tak ada lah bazir masa atas jalan je. So, plan nak guna voucher yang ibu beli during hari Puspanita KL di JPS Ampang untuk dimanjakan diri ini. Tapi aku rasa memang badan aku manja lah. Sampai naik body ni. Berat maintain tapi melebar. acaner tuh?

Maka, dengan kekuatan full throttle, aku pun melangkah ke Tini's Spa. Ada dua cawangan. Satu di shah alam. Jadi pergilah yang paling dekat, di Ampang Jaya betul2 berdekatan IPD Ampang Jaya.

First time nak masuk pintu masuk, dari jauh ada staff dia sedang kemas2 kedai. Datang awallah katakan. Sebab appointment jam 1030 pagi dan PIC cik Intan. Dari jauh aku lemparkan senyuman paling manis sebb excited nak buat kan.

Pintu hadapan kedai. Sumber en Google. 

Melangkah je masuk, wallah, memang luas lah. Tapi sayang lupa nak tangkap gambar. Sebab excited sangat. Aku disuruh isi borang detail sendiri. Siap, aku disuruh pergi bersihkan kaki. Buang segala daki2 pada kaki dan scrub dengan garam gunung. Kasaq, tapi sodap. Dengan bilasan air panas lagi.

Selesai bersihkan kaki, diarah untuk tanggal pakaian. First dia akan scrub satu badan. Aku pilih green tea untuk detox segala yang jahat2 tu keluar dari badan. Dia ada beri banyak pilihan. Tapi dia cakap 3 ja yang biasa orang pilih. Satu yang green tea, coffee, papaya body polish, Yogurt dan walnut. Coffee dan walnut tu macam makanan so aku pass. Hahaha.

Aku pilih tak mahu diurut sebab tahap kegelian 7 petala langit. Kalau nak dengar aku menjerit di persilakan. Lepas bersihkan diri selepas hbis scrub satu badan dan dibiar 5 min, Cik intan akan buat body mask pula menggunakan Volcano Mud. Ni ade 3 pilihan. Boreh,Volcano Mud dan bekoang Mask.

Dia punya body mask siap ade mint. Gila sejuk sampai menggigil padahal dah tutup aircond. Dah la suruh tunggu smpai 10 min. Siap mintak towel bagai. Tapi sejuk dalam. So tahan jelah kan. Aih~~

Setel body mask, dia suruh buat mandi susu pulak. dah masuk pakej kan. Sedap ja air panas lepas mengigil. memang berendam sakan macam badak air. Dah suam tambah lagi air panas sendiri. Wangi.

Setel mandi, dia suruh sapu losyen satu badan. Wangi losyen. Tapi aku sure losyen ape. Last but not least, request buat waxing halfleg. ya allah, dia punya tarik2 tu perghhhhhh!! Setiap kali cik Intan tarik, memang menjerit la aku. Tapi hasil memang cun. Tak ada pun sehelai bulu ganas2 kelihatan. Demi untuk lawa. Senang nak goda laki. auwwww...~~

Kalau nak tahu pakej boleh pergi ke link Tini's Spa. Sana dia siap beri pilihan kita nak buat apa. Pilih apa yang mahu dengan harga yang berpatutan.

Hasilnya, kulit memang selembut bayi you~~. Kena try pergi. Service tip top. Last dia beri hidang air garlic. First time rasa. Buang angin2 lepas berspa. Lama jugak service. Dari jam 1045pg - 1.30tngah hari. So, tak sempat nak sempat nak buat treatment rambut sebab ada customer lain. Kalau tak nak buat sekali. Lepas ni plan nak pergi beberapa hari sebelum hari jadi. Debarnya...Yang paling penting, spa ni khas untuk wanita sahaja.


Then next, memang suggest pergi pedi medi di Manjakaki. Biasa pergi kat cawangan Ampang Point. Sana, akak yang buat pedi medi tu best dan buat kuku cantik and tahan lama. Seingat pergi hari tu dalam 1hb Mac. Sampai sekarang still kilat mengilat. Memang puas hati betul la. Sebelum hari jadi pun plan nak ke sana dahulu. Pakej pedi medi just RM80. 






Monday, March 9, 2015

True Story #43 Counting the days

Bismillahirahmanirahim...

Assalamualaikum w.b.t

Counting the days. Oh maiii!!! Less than thirty days. Oh mai got! Dup dap dup dap...
Ape-ape hal pun, nyawa mesti diteruskan. Mula rasa stress itu normal. Mana ada bakal2 pengantin yang tak kahwin tak stress bila hari2 bahagia mereka mendekat. Even Yana Shamsuddin yg bagi aku wedding paling express of the year pun aku rasa dia tension.

Kalau bukan tension dari segi persiapan, boleh jadi tension sebb mental preparation. Preparation nak terima orang baru dalam keluarga. Dan aku pun dah makin cuak. Dengan bilik dah macam tongkang pecah. Tak de serupo bilik dah. Nak tido kena main tolak2 barang letak tepi. Ade ke patut?? ;D

Dan utk yang terbaru ni, semalam. Aku di panggil utk temuduga eksasais pengambilan pegawai yg diadakan semalam, Isnin, 9 mac 2015. Dan guess what? Aku lepas. Utk fizikal aku rasa tak ade masalah, Mungkin akan ade masalah bila diorang tahu yang kelayakan aku utk dapatkan jawatan itu tak setaraf yang mereka kehendaki.

Just tunggu rezeki itu macam mana. Kalau nak diikutkan, taraf engineering itu lagi tinggi sket dari course bukan profesional. Dan harap ada lah rezeki kat situ. Aminn~~

Okay. Kalau dah namanya pun menyimpang kan, memang nak menyimpang je keje.

Just nak buat list ape yang dah setel.

1. Dewan
2. Wedding planner
3. Candy buffet
4. borang Nikah
5. Doorgift nikah & sanding (almost done)
6. Fitting nikah kali pertama - done
7. Customade kasut sanding
8. Pilih pelamin sanding
9. Done guestbook, banting, tq tag, fridge magnet, pocket kalender (tukar ke ayat) - done
10.

Yang belum
1. Fitting baju sanding
2. Cari Bridesmaid dress
3. Tempah honeymoon (perlu ke?)
4.  Pilih pelamin nikah (xsure bila Kak Dee nak balik dari umrah)
5. Inai
6. Gubahan hantaran (minta Sayang kat semua house, kak Yati buatkan)
7. Spa


Spa?! Owh dem! Aku leh lupa pasal kecantikan. Hahaha...
Padahal bonda dah tolong belikan pakej spa utk aku pergi. ISunya, bila aku kat office, masa sangatlah banyaknya sampai boleh layan movie tetapi tak selalu. Bila balik je rumah kerja jadi banyak sebab ade part time job sekali. Macam mana nak manage the time tu? Aih...

Bila buat kerja lain dalam office serba salah sebab bukan kerja yang sepatutnya. Macam layan movie tu bukan kan?? Tak pe, itu just alert moment ja. Hoho...~~

bos suruh buat kita buat, Setel layan movie jap. Then ade tugasan baru, kita buat. yeahh...

Still balik rumah mesti serabut...Welcome to the world of bride to be~~~











Untuk diriku, kamu, KAMI, dia dan daku...
jikalaU lanGit mEmbiru iTu mamPu haMba gapAi, maKa sakTilah haMba...

JIKA HATI ITU SEPUTIH AWAN, biarlah ia bergerak dengan KEIKHLASAN, JIKA HATI ITU SETENANG LAUTAN, mengalirlah ia dengan KEJUJURAN, JIKA HATI ITU SEINDAH PELANGI, warnakanlah ia dengan KEBAHAGIAAN, JIKA HATI ITU SEHEBAT BULAN, sinarkanlah ia dengan PERSAHABATAN, JIKA HATI DILUKAI, sembuhkanlah ia dengan KEMAAFAN...